Saturday, June 30, 2007

Bayi Cerdik

Bayi Cerdik

Description
Sinopsis

Panduan merangsang kanak-kanak secara optimum bermula daripada peringkat bayi. Buku ini dapat membantu ibu bapa memahami kebolehan semula jadi bayi.

Peringkat bayi adalah tapak asas bagi perkembangan optimum peringkat yang seterusnya. Ketika bayi dilahirkan mereka sudah dilengkapi dengan kebolehan menerima maklumat dan belajar melalui deria sentuhan, rasa, bau, pendengaran dan penglihatan. Mereka juga sudah berupaya bertindak balas pada persekitaran melalui pantulan seperti menghisap, menelan, menggenggam dan berjalan.

Pantulan dan deria ini menjadi asas kepada perkembangan intelek bayi seterusnya. Motivasi belajar dan meningkatkan pengetahuan sangat tinggi pada peringkat bayi. Apabila motivasi ini sentiasa dikawal, bayi menjadi kurang berminat hendak me-ningkatkan pengetahuannya ke peringkat seterusnya. Tatapi apabila motivasi ini diberi sokongan, bayi terus menjadi individu bermotivasi tinggi dan mahu berusaha.

Semasa bayi dilahirkan semua sel-sel otaknya sudah ter-bentuk. Perkembangan seterusnya adalah percambahan sel otak yang digunakan secara aktif. Sel otak yang tidak digunakan secara aktif akan dikikis bagi memberi ruang kepada sel otak yang sedang bercambah. Lima puluh peratus daripada berat otak individu mula terbentuk daripada peringkat bayi.

Begitu juga komunikasi antara anak dan ibu bapa. Saat pertama adalah tempoh genting bagi membina perapatan antara anak dengan ibu bapa. Bayi yang rapat dengan ibu bapa menjadi orang dewasa yang yakin dan berupaya mem-bina perhubungan yang sihat dan positif dengan orang lain.

Buku ini menerangkan dengan lengkap strategi yang sesuai bagi merangsang perkembangan kanak-kanak secara optimum daripada peringkat bayi. Ia juga dapat membantu guru dan ibu bapa memahami kebolehan semula jadi yang ada pada bayi dan membentuk program rangsangan yang dapat meningkatkan perkembangan optimum individu daripada peringkat bayi.
Isi Kandungan

Prakata
Bab 1 Bayi Baru Lahir
Bab 2 Ragam Tidur Dan Aktiviti Bayi
Bab 3 Kesihatan Dan Keselamatan Bayi
Bab 4 Pertumbuhan Fizikal
Bab 5 Kemahiran Bergerak
Bab 6 Merangsang Pencapaian Bayi Melalui Deria
Bab 7 Kemahiran Berkomunikasi
Bab 8 Perkembangan Otak Bayi
Bab 9 Kemampuan Intelek Bayi
Bab 10 Membina Keyakinan Diri Dan Resiliensi Bayi
Bab 11 Sahsiah Bayi Dan Perhubungan Sosial
Bab 12 Rangsangan Dan Perkembangan Awal Bayi

ISBN: ISBN 983-3372-40-6
Writer: Rohani Abdullah,

No comments: