Saturday, June 30, 2007
Anugerah Buat Ayah dan Ibu
Description
Sinopsis
Pengalaman peribadi ibu-ibu yang terkandung di dalam buku ini memberikan gambaran sebenar pahit manis kehamilan dan kelahiran. Di samping itu, pelbagai pengalaman sebenar kehamilan serta cabaran yang perlu sesetengah ibu bapa lalui menjadi inspirasi untuk bakal-bakal ibu yang mungkin menghadapinya.
Buku ini mengumpulkan kisah-kisah anugerah Tuhan yang sangat tidak ternilai kepada hamba-hambanya iaitu anak. Buku yang bertajuk Anugerah Buat Ayah dan Ibu ini mengumpulkan di antaranya cerita dan pengalaman peribadi ataupun yang tersayang oleh ahli-ahli kumpulan Ummiku Sayang. Di antaranya adalah kisah mengenai seorang ibu yang mendapati dirinya hamil selepas hanya empat bulan melahirkan anak sulung, kisah-kisah pengalaman ibu yang hamil dan segala komplikasi yang terpaksa dihadapi demi melihat dan mencurah kasih kepada bayi lambang cinta ibu dan ayah yang bakal dilahirkan.
Juga kisah pengalaman seorang ayah yang mendapat anak yang pertama, di mana dalam keghairahan menerima cahaya mata, si ayah juga perlu mula memikirkan mengenai peranannya sebagai ayah dan merancang masa depan permata hatinya. Tersemat juga bagaimana perasaan ibu yang menanti kelahiran seorang putera tetapi hasrat belum kesampaian, serta susah payah ibu melahirkan secara pembedahan.
Tidak ketinggalan, buku ini turut memuatkan pelbagai panduan bagi membantu para ibu bagi melayari keindahan kehamilan dan kelahiran dengan mudah dan jayanya.
Kelahiran adalah seperti suatu keajaiban dan segala pengalaman keajaiban dan kehalusan perasaan yang beserta dengan kehadiran cahaya mata ini yang dapat dikompilasikan, kita kongsi bersama melalui buku ini.
ISBN: ISBN 983-3372-38-4
Writer: Hani Aliza Abdullah,
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment