Saturday, June 30, 2007
Quranic Quotient Kecerdasan Daripada Quran
Description
Sinopsis
Buku ini penting dibaca kerana ia menjelaskan secara terperinci bagaimana kita memanfaatkan kandungan Quran menjadi potensi yang mendorong lahirnya kecerdasan. Justeru, selain daripada melafazkannya, kita juga memperoleh manfaat besar daripadanya. Ary Ginanjar Agustian Penulis buku bestseller “ESQ”
Quran adalah mukjizat terbesar manusia. Ia adalah kitab suci yang mengandungi pembahasan komprehensif gaya bahasa indah. Quran itu luar biasa justeru ia memiliki beberapa nama seperti al-Kitab (buku ataupun tulisan), al-Bayan (penjelas), al-Furqan (pemisah) dan al-Syifa (ubat). Nama-nama ini wujud kerana banyak fungsi al-Quran dalam kehidupan manusia. Fungsi ini juga adalah dasar bagi pembentukan kecerdasan manusia.
Quran menjanjikan kebahagiaan dunia dan akhirat kepada manusia melalui pelbagai bentuk informasi, nasihat, pesanan dan nilai-nilai murni. Namun, bagi mencapai ke arah itu, seseorang perlu melalui proses yang ditentukan oleh Quran. Antara proses yang dimaksudkan adalah seperti memiliki kesedaran, menyerah diri, membaca, mendengar, memerhati, mempelajari, memikirkan dan sebagainya. Selepas memperoleh kecerdasan, seseorang tidak boleh berhenti di situ sahaja. Kecerdasan itu perlu diteruskan dan konsisten supaya ia bermanfaat bagi kehidupan sama ada bagi diri sendiri ataupun orang lain.
Kehadiran buku ini membuktikan tidak ada perkara sia-sia di dalam Quran. Seluruh aspek yang terdapat di dalam Quran disediakan khas bagi manusia. Hanya manusia sahaja perlu berusaha memahami, menggali dan mendalaminya.
ISBN: ISBN 978-983-3603-58-9
Writer: Muhammad D. Sensa
Membina Keluarga Bahagia
Description
Sinopsis
“Wahai Tuhan kami! Kurniakan kami isteri dan anak-anak yang menggembirakan hati dan jadikan kami ikutan orang-orang yang bertakwa.”
Di samping berusaha, doa juga penting bagi membina keluarga berkualiti dan sejahtera. Nabi Muhammad serta para rasul juga sentiasa mendoakan ahli keluarga mereka kerana kekuatan doa itu luar biasa. Dapat mengubah perkara yang mustahil menjadi nyata.
Mengandungi koleksi doa yang dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Buku doa yang perlu ada bagi setiap keluarga.
ISBN: ISBN 983-192-054-6
Writer: Wan Shuhairi Wan Mohamad
Kisah Saya Saudara Baru
Description
Sinopsis
Buku yang berkisar pengalaman penulis sebagai saudara baru. Semua pengalaman beliau disampaikan dalam bentuk cerita-cerita pendek dan ia dibahagikan kepada empat segmen.
"Maafkan saya ayah, ibu dan nenek... antara intan dan permata, saya tetap memilih Islam...."
Buku ini berkisar pengalaman penulis sebagai saudara baru. Semua pengalaman beliau ini dsampaikan dalam bentuk cerita-cerita pendek dan dibahagikan dalam empat segmen.
Segmen 1: Menuju iman; sejarah awal kelahiran di mana beliau lahir dalam keluarga bukan Islam.
Segmen 2: Dilambung ombak tinggi; pengalaman-pengalaman penulis pada peringkat awal selepas menerima Islam. Segala perubahan diri yang perlu dilalui sebagai Muslim turut dimuatkan dalam segmen ini.
Segmen 3: Langit semakin cerah; bagaimana beliau mengharungi setiap cabaran.
Segmen 4: Dulu lain, sekarang lain; memaparkan kehiduan baru penulis selepas melangkah ke alam rumah tangga dan selepas bergelar seorang ibu Muslim.
ISBN: ISBN 983-3603-36-X
Writer: Nuraisyah Chua Abdullah,
Inilah Akidah Muslim
Description
"Iman adalah melafazkan dengan lidah, membenarkan dengan hati dan beramal dengan anggota."
Perkara pertama yang dilakukan oleh Nabi Muhammad selepas diangkat menjadi rasul ialah membetulkan akidah masyarakat Jahiliyyah. Ia menjadi pegangan pokok setiap Muslim, menjadi benteng segala kebatilan, menjadi landasan bagi setiap amalan.
Buku ini diterbitkan sebagai usaha menjelaskan hakikat akidah dan penerapannya dalam kehidupan Muslim. Antara persoalan yang dirungkaikan adalah berkaitan Islam, iman, munafik, murtad dan sebagainya. Diolah semula dengan bahasa yang mudah difahami, berdasarkan dalil al-Quran dan sunnah.
Dato' Seri Hj Abdul Hadi Hj Awang memiliki ijazah B.A Syariah dari Universiti Islam Madinah dan ijazah sarjana dalam bidang Siyasah Syar'iyyah di Universiti Al-Azhar adalah Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS) dan juga pengasas pusat pengajian ilmu-ilmu Islam di Marang, Terengganu.
Isi Kandungan
Sepatah Kata
Pentingnya Islam
Islam Agama Nabi-nabi dan Rasul-rasul
Pengertian Islam
Pengertian Iman
Iman dan Ciri-cirinya
Iman dan Islam
Iman Tidak Boleh Dibelah-bahagi
Iman yang Sempurna
Iman itu Bertambah dan Berkurang
Iman, Islam dan Dua Kalimah Syahadah
Masalah mengenai Syahadah
Perkara yang Membatalkan Iman
Perkara-perkara yang Membatalkan Syahadah
Kufur dan Ciri-cirinya
Syirik
Riddah
Munafik
Pembahagian Kufur
Ciri-ciri Kufur Zaman Kini
Iman Wajib Dipelihara
ISBN: ISBN 983-192-211-5
Writer: Abdul Hadi Awang
Fikah Luar Negara
Description
Sinopsis
“Allah menghendaki kemudahan pada kamu dan tidak mahu kesukaran ke atas dirimu” (Surah al-Baqarah, ayat 185)
Penulis menghuraikan permasalahan ini berserta contoh dan membicarakan pelbagai perkara lain lagi berkenaan kesesuaian hukum mengikut waktu dan keadaan setempat. Buku ini membuka dimensi baru bagi umat Islam dalam kehidupan kontemporari dan memberikan alternatif mudah bagi mengamalkan Islam di mana sahaja. Bentuk penyampaiannya yang bersahaja dan ringan tidak seperti buku-buku fikah tradisional yang lain.
Buku ini sesuai dijadikan panduan dan menjadi rakan setia bagi umat Islam yang ingin bermusafir dan juga bermastautin di luar negara. Dengan mengambil kira pendapat-pendapat ulama dan pendapat mazhab-mazhab lain disertai dengan dalil dan perbincangan, penulis mengharapkan supaya buku ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh segenap lapisan masyarakat.
Isi Kandungan
Isi Kandungan
Pendahuluan: Dasar-Dasar Fikah Luar Negara
Mukaddimah
Empat Faedah Membaca Buku Ini
Babi Susahkan Kehidupan Muslim
Fikah Semasa Bermusafir Udara (1): Mengapa Tidak Menyapu Khuf?
Fikah Semasa Bermusafir Udara (2): Bolehkah Menyapu Stoking dan Kasut?
Rukhsah Jamak Solat yang Dipinggirkan
Fikah Qasar Solat 1
Fikah Qasar Solat 2: Persoalan Berkaitan Qasar
Bilangan Sah Solat Jumaat
Khutbah yang Efektif
Imam Wanita bagi Solat Jumaat
Pakaian Lelaki Islam
Pakaian Wanita Islam
Hukum Bertindik dan Bertatu
Kewajipan Menyampaikan Islam
Saya Pilih Koshe
Mencari Hari Kekasihku
Mereka yang Rugi dan Mereka yang Untung pada Tahun Baru
Penutup
Biodata Penulis
Bibliografi
ISBN: ISBN 978-983-3603-00-8
Writer: Hamidah Mat, Maszlee Malik,
Hadis 40: Imam Nawawi
Description
Sinopsis
“Berpegang teguhlah kamu pada 2 mutiara ini iaitu al-Quran dan sunnah, pasti kamu tidak sesat selamanya.” (Nabi Muhammad)
Buku kecil ini menyediakan koleksi hadis sahih yang sebahagiannya diambil daripada kitab Sahih Bukhari dan Muslim. Koleksi hadis ini mengandungi kaedah dan konsep penting Islam. Diolah semula dalam bentuk dan ayat yang mudah dibaca serta difahami.
Imam Nawawi atau nama sebenar Abu Zakaria Yahya bin Sharaf al-Nawawi adalah tokoh autoritatif dalam bidang hadis.
ISBN: ISBN 978-983-192-018-3
Writer: Ainon Mohd, Arieff Salleh Rosman
Bahtera Nabi Nuh dan Kisah-kisah Lain
Description
Adakah kita tahu siapa nabi yang dapat bercakap dengan haiwan? Adakah kita mengenali nabi yang mendapat anak walaupun sudah tua? Siapakah nabi yang paling tampan pada zamannya?
Adakah kita tahu siapa nabi yang dapat bercakap dengan haiwan? Adakah kita mengenali nabi yang mendapat anak walaupun sudah tua? Siapakah nabi yang paling tampan pada zamannya?
Semua jawapan boleh didapati daripada buku ini. Memuatkan himpunan 31 kisah utusan Tuhan daripada Adam hingga Muhammad. Mencakupi pelbagai tema seperti sentiasa membantu orang lain, sabar, sanggup berkorban dan sentiasa mengajak berbuat baik.
Sesuai dibaca oleh para remaja lelaki dan perempuan. Ditulis dalam bahasa mudah dan santai berserta ilustrasi.
Isi Kandungan
Prakata
Cerita 1 : Manusia Pertama
Cerita 2 : Nabi Musa dan Samiri
Cerita 3 : Habil dan Qabil
Cerita 4 : Nabi yang Mahir Menjahit
Cerita 5 : Nabi Nuh dan Kapal Besar
Cerita 6 : Nabi Hud dan Kaum ‘Ad
Cerita 7 : Nabi Saleh dan Kaum Tsamud
Cerita 8 : Nabi Ibrahim dan Raja Namrud
Cerita 9 : Bumi yang Digoncang
Cerita 10 : Menantu Nabi Ibrahim
Cerita 11 : Nabi Ishak Anugerah Allah
Cerita 12 : Runtuhnya Benteng Musuh
Cerita 13 : 11 Bintang, Matahari dan Bulan
Cerita 14 : Ini Bukan Manusia, tetapi Malaikat
Cerita 15 : Nabi Ayub dan Ujian Allah
Cerita 16 : Raja yang Prihatin
Cerita 17 : Nabi Syuaib dan Kaum Madyan
Cerita 18 : Nabi Musa Menjadi Pelat
Cerita 19 : Nabi Musa dengan Ahli Sihir Firaun
Cerita 20 : Nabi Daud Bersuara Merdu
Cerita 21 : Nabi Sulaiman dan 2 Orang Ibu
Cerita 22 : Raja Segala Binatang
Cerita 23 : Nabi Ilyas dan Nabi Ilyasa
Cerita 24 : Nabi Yunus Dimakan Ikan Yu
Cerita 25 : Dapat Anak Semasa Tua
Cerita 26 : Pembunuhan Kejam
Cerita 27 : Anak Istimewa
Cerita 28 : Benarkah Nabi Isa Dibunuh?
Cerita 29 : Nabi Muhammad Anak Yatim Piatu
Cerita 30 : Utusan Terakhir
Cerita 31 : Nabi Muhammad dan Datsur
ISBN: ISBN 983-192-259-X
Writer: Saridah Hamid,
Kisah-kisah Doa dan Taubat Para Nabi
Description
Sinopsis
Sedangkan nabi dan rasul berdoa dan bertaubat, inikan pula kita insan biasa.
Para nabi dan rasul sentiasa berdoa dan bertaubat kepada nabi. Apatah lagi manusia biasa yang selalu melakukan kesilapan. Walaupun Tuhan sudah menjanjikan mereka syurga, namun mereka tetap meneruskan amalan berdoa dan bertaubat.
Buku ini menyediakan himpunan doa-doa dan taubat para nabi dan rasul di dalam Quran yang dipetik daripada kisah-kisah berdasarkan pengalaman mereka dalam mengharungi cabaran dan dugaan yang diturunkan oleh Tuhan. Semoga ia menjadi panduan dan rujukan kita dalam mengharungi kehidupan di dunia fana ini.
ISBN: ISBN 983-337-270-8
Writer: Khairul Ghazali,
Cekal & Tabah: Kisah-kisah Dakwah Nabi Muhammad di Mekah
Description
Sinopsis
“Seandainya diletakkan matahari di tangan kananku, bulan di tangan kiriku, aku tidak sekali-kali meninggalkan urusan ini.”
Selama 13 tahun Nabi Muhammad dan para sahabat diuji dengan pelbagai cubaan. Mereka diseksa dan dihina, tetapi kesabaran dan ketabahan mengatasi segala. Biar nyawa melayang. Biar harta tergadai. Namun tidak sekali-kali meninggalkan Islam.
Buku ini memuatkan himpunan 51 buah kisah Nabi Muhammad berdakwah di Mekah daripada sumber-sumber asli yang berwibawa. Ditulis dengan menggunakan bahasa moden dalam bentuk santai dan mudah dibaca.
Isi Kandungan
Sepatah Kata
Cerita 1: Nabi Muhammad Mahu Semua Orang Percayakan Allah
Cerita 2: Bapa Saudara Sendiri yang Menentang
Cerita 3: Jamuan Besar
Cerita 4: Harapan yang Hancur
Cerita 5: Hamzah Bergelar Singa Allah
Cerita 6: Nabi Muhammad Mengajak Abu Talib
Cerita 7: Abu Zar Menganut Agama Islam
Cerita 8: Wajah Tufail Bin Amru Bercahaya
Cerita 9: Sekarang Nama Kamu Mukraman
Cerita 10: Indahnya Perkataan Kamu Ini
Cerita 11: Islamnya Seorang Penyair
Cerita 12: Janganlah Saudara Menghina
Cerita 13: Kanak-kanak Pintar Menganut Islam
Cerita 14: Keislaman Abu Bakar
Cerita 15: Keislaman Ali Bin Abu Talib
Cerita 16: Aku Pun Ingin Berjumpa dengan Muhammad
Cerita 17: Alhamdulillah, Saya Berjaya Menyelamatkannya
Cerita 18: Wahai Husin, Islamlah Kamu, Pasti Kamu Selamat
Cerita 19: Keislaman Umar
Cerita 20: Keislaman Usman Bin Afan
Cerita 21: Khalid Bin Sa’id Masuk Islam
Cerita 22: Mengajak Orang di Pasar Zul Majaz
Cerita 23: Dilontar Batu
Cerita 24: Aku Tahu Muhammad Betul, tetapi…
Cerita 25: Nabi Muhammad Mengajak Abu Sufyan dan Hindun
Cerita 26: Nabi Muhammad Mengajak Amru Bin Abasah
Cerita 27: Untukmu Syurga Wahai Dhomad
Cerita 28: Nabi Muhammad Mengajak Pemimpin Mekah
Cerita 29: Nabi Muhammad Mengajak Walid Bin Mughirah
Cerita 30: Nabi Muhammad Mengherdik Abu Jahal
Cerita 31: Orang Kafir Tersungkur Sujud
Cerita 32: Orang Tua yang Masih Belum Sedar
Cerita 33: Disambar Petir
Cerita 34: Pokok Menjadi Saksi
Cerita 35: Muhammad di dalam Taurat
Cerita 36: Tegasnya Pendirian Nabi Muhammad
Cerita 37: Abu Umamah Mengajak Kaumnya
Cerita 38: Kami Mahu Fikir Dahulu
Cerita 39: Berdakwah kepada ibu
Cerita 40: Berpindah ke Habsyah
Cerita 41: Doa untuk Ibu
Cerita 42: Harapan Mula Bertunas
Cerita 43: Menguasai Individu dengan Maklumat
Cerita 44: Keturunan Nabi Tidak Pernah Berbohong
Cerita 45: Petunjuk daripada Mimpi
Cerita 46: Pinangan Diterima
Cerita 47: Saya Mengikut Agama Saya
Cerita 48: Wakil di Yasrib
Cerita 49: Remaja Menjadi Duta
Cerita 50: Pemimpin Menjadi Teladan
Cerita 51: Masa Depan yang Cerah
Biodata Penulis
ISBN: ISBN 978-983-192-019-0
Writer: Arieff Salleh Rosman
Beriman kepada Allah
Description
Seorang sarjana Islam, Abu Hanifah, pernah ditanya tentang bukti wujudnya Tuhan. Beliau berkata, “Ada sebuah kapal yang dipenuhi dengan barang-barang dan muatan. Ia belayar ke sana ke mari tanpa nakhoda dan anak-anak kapal. Segala masalah diselesaikan sendiri.” Orang lain yang mendengar berkata, “Ia tidak masuk akal.” Abu Hanifah menjawab, “Saudara semua berasa tidak logik dan tidak masuk akal. Bagaimana pula orang yang mengatakan dunia ini tidak mempunyai pencipta?”
Menjadi seorang Islam bermakna percaya dan yakin kepada pencipta sekalian alam ini dengan sepenuh hati. Seorang Islam menerima bahawa dunia dan segala isinya tidak terjadi dengan sendiri. Ia dicipta dan ditadbir oleh suatu kuasa yang maha besar, iaitu Allah.
Buku ini dengan jelas mengupas beberapa perkara utama berkaitan dengan beriman kepada Allah secara terperinci. Setiap hujah dan huraian yang dinyatakan disokong oleh nas-nas dari sumber primer yang autentik. Antara tajuk-tajuk yang dihuraikan oleh penulis adalah:
. Apakah yang dimaksudkan beriman kepada Allah
. Cara beriman kepada Allah
. Kesan apabila beriman kepada Allah
Isi Kandungan
Kata-kata Aluan
Bab 1 : Isi Kandungan
Bab 1 : Beriman Kepada Allah
Bab 2 : Pembahagian Tauhid
Bab 3 : Fitrah Manusia Percayakan Allah
Bab 4 : Gambaran Salah
Bab 5 : Jalan Mengenal Allah
Bab 6 : Zat Allah
Bab 7 : Asma’ul Husna
Bab 8 : Huraian Asma’ul Husna
Bab 9 : Pembahagian Asma’ul Husna
Bab 10 : Kelebihan Menyebut Nama-nama Allah
Bab 11 : Sifat Allah
Bab 12 : Asas-asas Kepercayaan Kepada Allah
Bab 13 : Cahaya Makrifat Allah
Bab 14 : Hakikat Mentauhidkan Allah
Bab 15 : Tauhid dalam Kehidupan Manusia
ISBN: ISBN 983-192-174-7
Writer: Abdul Hadi Awang
Bukti-bukti Sains dan Sejarah Kerasulan Muhammad
Description
Sinopsis
Kitab Bible yang dikatakan oleh para pendakwah Kristian sebagai Kalam Tuhan adalah buku yang isi kandungannya ditulis oleh manusia biasa.
Ramai paderi Kristian dan Yahudi memeluk Islam sesudah membaca Quran dan sejarah hidup Muhammad secara objektif dan rasional lalu membandingkan kedua-duanya dengan isi kandungan kitab-kitab suci agama mereka tersendiri.
Tentu anda ingin tahu:
1.Di dalam Bible, Nabi Muhammad dikenali sebagai Paracletos
2.Di dalam kitab Vedas dan Purana, nabi dikenali dengan empat gelaran iaitu Narashangsa, Antim Rishi, Kalki Avatar dan Ahamidi.
3.Di dalam kitab agama Budha pula nabi dikenali sebagai Maitreya.
Adakah gelaran-gelaran ini berkaitan dengan peribadi yang sama?
Mungkinkah peribadi itu sebenarnya adalah Nabi Muhammad?
Buku ini ditulis untuk individu yang memerlukan lebih banyak bukti-bukti sejarah dan sains menunjukkan Quran itu diturunkan dari langit dan segala kata-kata serta perbuatan Nabi Muhammad itu diwahyukan.
Isi Kandungan
Mengapa Perlu Baca Buku Ini
Prakata
Bab 1 Muhammad Rasul Akhir Zaman
Bab 2 Pendirian pada Kesucian Kitab Bible
Bab 3 Muhammad di dalam Kitab Bible
Bab 4 Muhammad di dalam Kitab Agama Hindu
Bab 5 Muhammad di dalam Kitab Budha
Bab 6 Kejujuran Muhammad Diakui Musuh-musuhnya
Bab 7 Muhammad Hidup Tanpa Kepura-puraan
Bab 8 Ramalan yang Terbukti Benar
Bab 9 Muhammad Pembawa Risalah Saintifik
Bab 10 Pandangan Tokoh-tokoh Bukan Islam Mengenai Muhammad
Bab 11 Epilog
ISBN: ISBN 983-3604-53-6
Writer: Danial Zainal Abidin,
Berbicara Cara Nabi
Description
“Sesiapa yang beriman dengan Allah dan Hari Akhirat, hendaklah dia berkata benar ataupun diam....”
“Wahai Rasulullah, siapakah orang Islam yang paling baik?' Jawab Rasulullah, “Orang yang membuatkan semua orang Islam selamat daripada lidah dan tangannya.” Apabila berkomunikasi, lidah menjadi pemain utama. Kadang kala jadi manfaat, malah sering juga beri mudarat.
Buku kecil ini diolah semula daripada kitab Riyadus Solihin. Memuatkan koleksi ayat al-Quran dan hadis berkaitan dengan tip-tip berbicara dan berkomunikasi yang diredai Allah.
Isi Kandungan
Tutur Kata Mulia
Larangan Mengumpat
Haram Mendengar Umpatan
Umpat yang Dibenarkan
Tegahan Menghasut
Larangan Mengampu Pemimpin
Si Talam Dua Muka
Larangan Menipu
Penipuan yang Dibenarkan
Mengkaji Maklumat yang Diterima
Larangan Menjadi Saksi Palsu
Larangan Melaknat Manusia ataupun Haiwan
Dibenarkan Mengutuk Pelaku Maksiat
Larangan Mencaci Muslim
Larangan Mencaci Orang Mati
Tegahan Menyakiti Orang
Larangan Saling Membenci
Haram Hasad Dengki
Larangan Mencungkil Rahsia
Larangan Bersangka Buruk Sesama Muslim
Dilarang Menghina Muslim
Larangan Berpuas Hati apabila Muslim Ditimpa Kesusahan
Haram Menghina Keturunan
Larangan Menipu
Haram Mungkir Janji
Larangan Mengungkit Pemberian
Larangan Bersikap Angkuh
Haram Tidak Bertegur Sapa
Larangan Berbisik
Larangan Bersumpah Selain daripada Allah
Dosa Sumpah Palsu
Galakan Menebus Sumpah apabila Lebih Baik Dilakukan
Dimaafkan Sumpah Tidak Sengaja
Makruh Bersumpah dalam Urusniaga
ISBN: ISBN 983-192-223-9
Writer: Nabijavascript:void(0)
Publish Postlah Hasan, Arieff Salleh Rosman
Bahan Berdakwah untuk Remaja Moden
Description
Sinopsis
Para pendakwah Islam bekerja kuat menarik minat remaja bukan Islam supaya masuk Islam. Pada waktu yang sama mereka berusaha menguatkan keyakinan remaja Islam bahawa agama yang diterima daripada ibu bapa adalah agma yang dapat dibanggakan. Buku ini membekalkan para pendakwah Islam dengan bahan-bahan yang dapat mempengaruhi golongan remaja berpendidikan moden.
Saya bersyukur kepada Allah kerana mengizinkan saya menyiapkan buku ini untuk tatapan umum. Perkara yang telah merangsang saya untuk melakukan kajian dan kemudian menulis buku ini ialah pengalaman dakwah yang sempat saya harungi di samping serangan yang dilakukan oleh musuh-musuh Islam terhadap Islam. Serangan-serangan itu berjaya mempengaruhi segelintir umat Islam terutamanya dari kalangan remaja-remaja, sehingga akhirnya mereka membenci dan mencemuh Islam. Para pendakwah masa kini pula tidak mempunyai bahan-bahan semasa yang mencukupi untuk membantu mereka menangani masalah ini.
Pengalaman saya menunjukkan umat Islam hari ini memerlukan ilmu-ilmu baru berhubung Islam. Mereka ingin Islam diperlihatkan sebagai agama yang unggul, maju, moden lagi saintifik, sesuai dengan arus pemikiran yang sedang melanda dunia hari ini. Mereka ingin berasa bangga dengan Islam.
Secara dasarnya, syariat Islam akan terus berkembang dan masalah baru akan muncul menggantikan masalah lama dan kesemua ini memerlukan ilmu dan ijtihad untuk menyelesaikannya. Perubahan zaman kadangkala memerlukan perubahan hukum. Sesuatu hukum ranting yang sesuai dilaksanakan suatu ketika dahulu mungkin sudah tidak sesuai lagi untuk dilaksanakan pada hari ini.
Kaedah fikah ada menyatakan, “Perubahan fatwa dan perbezaan pendapat tentangnya boleh berlaku disebabkan oleh perubahan zaman, tempat, suasana, niat dan adat”. Profesor Dr. Yusuf Qardawi di dalam al-Ijtihad fi asy-Syariat al-Islamiah berpendapat, banyak perubahan besar telah berlaku di dalam bidang sosial, ekonomi, politik dan budaya pada abad ini. Hal ini menuntut seseorang fakih menganalisis pendapat-pendapat yang diutarakan sebelum ini dan menolak mana-mana pendapat yang sudah tidak sesuai lagi dengan keadaan dan situasi yang wujud pada hari ini.
Dakwah pada hari ini memerlukan suntikan baru berlandaskan prinsip lama berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah. Zaman teknologi maklumat mendedahkan kita kepada maklumat yang pelbagai. Maklumat-maklumat ini perlu dimanfaatkan untuk berdakwah terutamanya di sudut fikah perbandingan.
Dengan perbandingan masyarakat akan dapat melihat secara jelas kelebihan dan keunggulan Islam. Aspek penyelidikan dan pembangunan perlu dirancakkan agar dakwah Islam sentiasa cukup dengan bahan dan maklumat terkini. Kita terpaksa akui, umat Islam amat ketinggalan di dalam aspek ini kerana sikap mudah berpuas hati dengan apa yang ada.
Saya menganggap buku ini sebagai peluru dan penangkis dalam menghadapi serangan-serangan musuh dari segenap penjuru pada hari ini. Isi-isinya telah saya olah agar dapat diguna pakai oleh segenap lapisan masyarakat. Buku ini akan lebih berkesan sekiranya dijadikan bahan perbincangan di dalam study group, usrah, kelas-kelas pengajian dan program-program pengukuhan serta motivasi diri.
ISBN: ISBN 983-192-230-1
Writer: Danial Zainal Abidin,
Bagaimana Akhirnya Saya Bertudung
Description
Sinopsis
"Dahulu saya bintang filem, pelakon tv, model, penyanyi dan penghibur popular. Kini saya berhijab walaupun di dapur." -Puan Noor Kumalasari-
TUHAN telah mengemukakan beberapa pendekatan bagi mengolah persoalan akidah dan petunjuk bermuamalah. Salah satu daripada pendekatan itu ialah menerusi kisah-kisah dalam al-Quran. Pendekatan ini adalah antara pendekatan yang menarik diperhatikan. Kadang-kadang seseorang itu beroleh petunjuk dengan mudah, contohnya hanya melalui cerita. Sebuah cerita yang menyentuh perasaan dapat mengubah paradigma insan.
Tuhan bukan setakat memaparkan sejarah itu akan tetapi juga menganjurkan kepada manusia supaya turut meriwayatkan sejarah-sejarah itu. Dalam surah al-A'raf ayat 176, Tuhan menegaskan, "Maka ceritakanlah kisah-kisah itu, supaya mereka dapat berfikir."
Jan Pishok menulis, "Kehidupan banyak mengajar kita. Kita boleh mengingatinya dan berkongsi kisah suka duka dengan orang lain ataupun kita lupakan sahaja, kemudian suatu masa nanti kita belajar benda yang sama semula."
Apakah cara yang terbaik bagi mengingati nostalgia silam dan memberi pengajaran, kalau tidak dituliskan dan dikongsi baca dan manfaat dengan orang lain?
Isi Kandungan
Sekapur Sirih
Bagaimana Akhirnya Saya Bertudung
Noor Kumalasari
Saya Berteleku di Depan Patung Jesus
Zai
Saya Tinggalkan Dunia Perfileman
Nor Wati Suleiman
Saya Ditekan Abang-abang Senior
FBM
Saya Dipengaruhi Rakan dari Yemen
Azlina Roszy Mohd. Ghaffar
Saya Dituduh Bertudung Sebab Hamil
Dr. Noraini Raimi
Guru Mempengaruhi Saya
Roha Hassan
Bertudung Selepas Mimpi Ngeri
ASZ
Saya Takut Dirotan Ustaz
Suriza Ahmad Zabidi
Dinasihati Supaya Tidak Mendekati
Pelajar Dakwah
Umi Kalthum Ngah
Selalu Teringat Seksaan
Tidak Tutup Aurat
Rosliya Abbas
Ibu Membenci Saya Bertudung
Ummu Hanan
Saya Tidak Dengar Nasihat Abang
Dr. Zaharah Sulaiman
Saya Anak Seorang Kadi
Dr. Harlina Halizah Siraj
Kawan dari Pakistan Pengaruhi Saya
Fizi Has
Saya Terpengaruh di Semenanjung
Dr. Hafidzah Mustakim
Ayah Saya Pejuang Menentang Belanda
Endok Sempo Mohd. Tahir
Dipengaruhi Penyanyi Rock Inggeris
Umi Kalthum Ngah
Saya Dipengaruhi Surat-surat Kakak
Azmi Aminuddin
Saya Dipengaruhi Majalah Nida’ul Islam
Zain Azura Abdullah
Saya Berasa Tidak Selamat di UiTM
Rohaya Jaafar
Saya Tidak Tahu Mengapa Saya Bertudung
Dr. Puteri Yusman
Saya Disindir Hantu Kum-kum
Ida Idayu Muhammad
Tudung Menindas Wanita?
Mary C. Ali
Bagaimana Akhirnya Saya Bertudung
Dr. Katherine Bullock
ISBN: ISBN 983-192-660-9
Writer: Endok Sempo Mohd. Tahir,
30 Wasiat Imam Syafie
Description
Sinopsis
Bagaimana mahu hadapi hidup yang tidak menentu? Bagaimana mahu terus menerus cemerlang, bukan hanya di dunia, malah di akhirat juga? Hakikatnya, hidup ini tidak statik. Hari ini di atas. Esok mungkin di bawah. Hari ini gembira. Mungkin esok kecewa. Buku 30 Wasiat Imam Syafie menyediakan panduan-panduan yang dapat diaplikasikan.
Bagaimana mahu hadapi hidup yang tidak menentu? Bagaimana mahu terus menerus cemerlang, bukan hanya di dunia, malah di akhirat juga? Hakikatnya, hidup ini tidak statik. Hari ini di atas. Esok mungkin di bawah. Hari ini gembira. Mungkin esok kecewa. Buku 30 Wasiat Imam Syafie menyediakan panduan-panduan yang dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian melalui pendekatan spiritual. Antaranya:
1.Amal soleh sebagai perisai.
2.Berbakti kepada ibu bapa.
3.Bentengi iman dengan lima kekuatan.
4.Tafakur sebelum tidur.
Penulis mengupas wasiat-wasiat ini dalam bentuk yang lebih mudah difahami dan diaplikasikan. Imam Syafie atau nama sebenar Muhammad bin Idris adalah tokoh autoritatif dalam bidang fikah Islam.
Isi Kandungan
Kata Pengantar
1 Belajar dan Mengajarkan Ilmu
2 Memilih Makanan yang Halal
3 Memperbanyakkan Lima Perkara
4 Sabar dengan Musibat, Syukur dengan Nikmat
5 Menziarahi Orang Sakit
6 Hindari Perasaan Marah
7 Mengasihani Anak Yatim
8 Berbakti kepada Ibu Bapa
9 Amal Soleh Sebagai Perisai
10Takwa Membuahkan Insan Berjaya dan Cemerlang
11Bentengi Iman dengan Lima Kekuatan
12Ilmu Menenangkan Hati
13Khusyuk Zahir dan Batin
14Awas! Kubur Menunggu Kita
15Mematahkan Serangan Syaitan
16Sebesar-besar Keaiban
17Membetulkan Hati
18Istighfar Menggoncangkan Kerajaan Iblis
19Indahkan Dunia dengan Maaf
20Tafakur Sebelum Tidur
21Kata-kata Hikmat Imam Syafie
22Tunaikan Sepuluh Hak
23Imam Syafie dengan Pendebat
24Sepuluh Keutamaan Menghubungkan Ukhuwah
25Meraih Syurga Impian
26Meraih Pertolongan Allah
27Memohon Pembelaan Allah
28Menjadi Wali Allah
29Mencari Hidayah Allah
30Rezeki yang Baik dan Keberkatan
Biodata Diri
ISBN: ISBN 9833372686
Writer: Khairul Ghazali
Smart Learning - Teknik Belajar Berkesan dan Efektif
Description
Sinopsis
Buku disusun bagi membantu pelajar mempersiapkan diri dengan kaedah belajar secara berkesan. Kaedah ini dikenal pasti dapat mempertingkatkan prestasi pelajar dengan kaedah pembelajaran yang lebih tersusun, sistematik dan mampu merealisasikan kecemerlangan yang menjadi idaman pelajar.
Dengan nama Tuhan yang maha penyayang. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad.
Dipanjatkan kesyukuran ke hadrat Tuhan kerana dengan keizinannya, mendorong usaha-usaha penulisan buku Smart Learning Teknik Belajar Berkesan dan Efektif sehingga selesai.
Buku ini disusun bagi membantu pelajar mempersiapkan diri dengan kaedah belajar secara berkesan. Kaedah ini dikenal pasti dapat mempertingkatkan prestasi pelajar dengan kaedah pembelajaran yang lebih tersusun, sistematik dan mampu merealisasikan kecemerlangan yang menjadi idaman pelajar.
Diharapkan pelajar dapat memanfaatkan sedikit ilmu dalam buku ini untuk dijadikan panduan sepanjang proses menimba ilmu.
Akhir sekali, kepada Tuhan jua dipanjatkan doa dan kesyukuran. Semoga buku ini dapat dijadikan panduan serta penyuluh kepada para pelajar di luar sana.
Dato' Dr. Hasan Mohd AIi
ISBN: ISBN 978-983-3603-88-6
Writer: Hasan Mohd. Ali
ISLAM: Agama Bisnes & Pengurusan
Description
Allah menjadikan manusia dengan asas saling memerlukan antara satu sama lain. Tidak ada seorang pun yang dapat hidup bersendirian tanpa bantuan daripada orang lain. Ada orang mempunyai setengah alat-alat kemudahan sedangkan orang lain tiada. Ada setengah orang mempunyai bahan makanan sedangkan setengahnya tiada. Ada orang mempunyai kemahiran tetapi tidak ada modal, begitu juga sebaliknya. Begitu juga sistem kehidupan di dunia ini.
ISBN: ISBN 983-3604-29-3
Writer: Dato\' Dr. Haron Din
Sekudus Nur Ilahi
Description
Sinopsis
Didorong oleh rasa ingin membela agama dan perasaan ingin memenangi hati Natalya. Zakry berusaha mendalami agama sendiri dalam tempoh yang singkat. Malah dia juga mendalami Bible dan masalah yang timbul di dalamnya. Dia cuba membuktikan kepada Natalya yang dia sudah berubah menjadi manusia yang lebih berprinsip dan beragama. Sekali gus mahu membuktikan Islam adalah agama yang benar.
Cinta terlalu murah. Sepanjang waktu dia cuba membuktikan kenyataan itu, namun realiti menyatakan sebaliknya. Natalya muncul dan Zakry menemukan sebuah cinta yang begitu sukar dimenangi. Ia bukan sekadar mengajarnya erti pengorbanan, malah mengajarnya erti ketuhanan. Natalya bukanlah seperti gadis kebanyakan yang pernah ditemuinya. Dia dibesarkan dalam keluarga yang kuat beragama Kristian dan berpegang utuh pada ajaran Bible. Saat Zakry meluahkan perasaan cintanya kepada Natalya, malangnya dia bertepuk sebelah tangan. Malah Natalya bertindak memperlekehkan dirinya selaku seorang Muslim yang langsung tidak memahami agama anutan sendiri. Peristiwa itu menyebabkan Zakry kecewa dan berazam untuk berubah.
Didorong oleh rasa ingin membela agama dan perasaan ingin memenangi hati Natalya. Dia berusaha mendalami agama sendiri dalam tempoh yang singkat. Malah dia juga mendalami Bible dan permasalahan yang timbul di dalamnya. Dia cuba membuktikan kepada Natalya bahawa dia telah berubah menjadi manusia yang lebih berprinsip dan beragama. Sekaligus mahu membuktikan bahawa Islam adalah agama yang benar. Justeru, untuk mencapai matlamat itu Zakry telah melalui proses yang panjang. Mungkinkah dia berjaya mencapai matlamat itu atau tidak? Pastikan anda mengetahui penghujung kisah ini.
Isi Kandungan
1. Bidayah
2. Mencari Diri
3. Missing Part
4. Pertemuan Kedua
5. Memori yang Keciciran
6. Menempuh Hari Baru
7. Kebimbangan dalam Diri
8. Siapa Tuhan yang Sebenar
9. Jesus Penebus Dosa
10. JesuS Anak Tuhan
11. Ayat yang Berselisih
12. Catatan Akhir
ISBN: ISBN 983-3603-34-3
Writer: A. Ubaidillah Alias,
Fikah Itu Memang Best
Description
Sinopsis
Sebuah dunia baru akan terbuka di hadapan mata seseorang, jika dia selesai membaca buku yang mengandungi ilmu yang amat berguna. - Malcolm X
Selamat datang ke Fikah Itu Memang Best! Ahlan wa sahlan wa marhaban bikum! Tahniah kerana anda mendapatkan buku ini. Jangan hanya tonton, marilah kita membaca.
Belajar fikah? Alamak, boringnya! Nanti mengantuk kalau baca buku fikah. Itu tidak lagi. Kami sajikan kepada anda suatu yang baru. Suatu yang mungkin anda belum berjumpa dengannya sebelum ini. Izinkan kami mengubah persepsi anda pada ilmu fikah. Kami ingin bawakan kepada anda, fikah is fun!
Jangan lagi terikat dengan nostalgia lama tentang belajar fikah. Lupakan sejenak fobia kita apabila belajar fikah. Mari kita cuba keseronokan fikah! Tetapi, dalam buku ini, kami tidak mengubah asas-asas yang terdapat dalam ilmu fikah. Kami bukan membawa perkara baru dalam fikah. Tetapi kami hidangkan kepada anda penampilan yang berbeza.
Sebenarnya idea buku ini diadaptasi daripada karangan Herry Nurdi bertajuk Fiqih itu Asyik. Thank you brother Herry. Jazakallah khairal jaza’. Tetapi kami menambahkan fakta dan menyesuaikan contoh-contoh mengikut realiti fikah di Malaysia.
Stay tune with us until the end. Kami mengharapkan anda berasa seronok membaca buku ini, di samping mendalamkan ilmu kita tentang fikah. Fikah is the way of life. And life is fun. So, fikah also fun! Akhirnya, diharapkan kita dapat merasa keseronokan dan kenikmatan beribadah kepada Tuhan. Marilah kita menjadi hamba Tuhan yang seronok melakukan ibadah.
Salam Persahabatan daripada kami,
Arieff Salleh bin Rosman
Wardah binti Mokhtar (aswar)
Gombak, Selangor
November 2005
ISBN: ISBN 983-3603-10-6
Writer: Wardah Mokhtar, Arieff Salleh Rosman,
Bayi Cerdik
Description
Sinopsis
Panduan merangsang kanak-kanak secara optimum bermula daripada peringkat bayi. Buku ini dapat membantu ibu bapa memahami kebolehan semula jadi bayi.
Peringkat bayi adalah tapak asas bagi perkembangan optimum peringkat yang seterusnya. Ketika bayi dilahirkan mereka sudah dilengkapi dengan kebolehan menerima maklumat dan belajar melalui deria sentuhan, rasa, bau, pendengaran dan penglihatan. Mereka juga sudah berupaya bertindak balas pada persekitaran melalui pantulan seperti menghisap, menelan, menggenggam dan berjalan.
Pantulan dan deria ini menjadi asas kepada perkembangan intelek bayi seterusnya. Motivasi belajar dan meningkatkan pengetahuan sangat tinggi pada peringkat bayi. Apabila motivasi ini sentiasa dikawal, bayi menjadi kurang berminat hendak me-ningkatkan pengetahuannya ke peringkat seterusnya. Tatapi apabila motivasi ini diberi sokongan, bayi terus menjadi individu bermotivasi tinggi dan mahu berusaha.
Semasa bayi dilahirkan semua sel-sel otaknya sudah ter-bentuk. Perkembangan seterusnya adalah percambahan sel otak yang digunakan secara aktif. Sel otak yang tidak digunakan secara aktif akan dikikis bagi memberi ruang kepada sel otak yang sedang bercambah. Lima puluh peratus daripada berat otak individu mula terbentuk daripada peringkat bayi.
Begitu juga komunikasi antara anak dan ibu bapa. Saat pertama adalah tempoh genting bagi membina perapatan antara anak dengan ibu bapa. Bayi yang rapat dengan ibu bapa menjadi orang dewasa yang yakin dan berupaya mem-bina perhubungan yang sihat dan positif dengan orang lain.
Buku ini menerangkan dengan lengkap strategi yang sesuai bagi merangsang perkembangan kanak-kanak secara optimum daripada peringkat bayi. Ia juga dapat membantu guru dan ibu bapa memahami kebolehan semula jadi yang ada pada bayi dan membentuk program rangsangan yang dapat meningkatkan perkembangan optimum individu daripada peringkat bayi.
Isi Kandungan
Prakata
Bab 1 Bayi Baru Lahir
Bab 2 Ragam Tidur Dan Aktiviti Bayi
Bab 3 Kesihatan Dan Keselamatan Bayi
Bab 4 Pertumbuhan Fizikal
Bab 5 Kemahiran Bergerak
Bab 6 Merangsang Pencapaian Bayi Melalui Deria
Bab 7 Kemahiran Berkomunikasi
Bab 8 Perkembangan Otak Bayi
Bab 9 Kemampuan Intelek Bayi
Bab 10 Membina Keyakinan Diri Dan Resiliensi Bayi
Bab 11 Sahsiah Bayi Dan Perhubungan Sosial
Bab 12 Rangsangan Dan Perkembangan Awal Bayi
ISBN: ISBN 983-3372-40-6
Writer: Rohani Abdullah,
Anak Kita Memang Pintar Cerdas
Description
Sinopsis
Anda mahu anak anda pintar cerdas seperti Albert Einstein? Ataupun seperti Ibnu Sina? Ataupun seperti genius-genius yang lain? Anak pintar cerdas adalah idaman setiap ibu bapa. Tapi bagaimana mahu memiliki anak idaman seperti itu?
Hampir tidak ada ibu bapa di dunia ini yang tidak ingin melihat anak-anak mereka berjaya dengan cemerlang terutamanya dalam bidang akademik. Perkataan top grade students, straight A’s students, top students adalah antara frasa yang diidam-idamkan bukan sahaja oleh ibu bapa malah sudah tentu pada diri pelajar-pelajar itu sendiri.
Umum beranggapan frasa-frasa itu hanya dapat berlaku khusus kepada segelintir manusia sahaja. Ada pula yang beranggapan, mereka memang awal-awal lagi tersisih daripada budaya kehebatan dan kecemerlangan itu.
Kajian seluruh dunia yang dibuat membawa seribu harapan kepada ibu bapa tanpa mengira keturunan, latar belakang, kedudukan sosioekonomi dan sebagainya. Pada asasnya kehebatan dan kecemerlangan adalah milik setiap insan. Masalah utama kebanyakan kita tidak mempunyai pendedahan, ilmu dan kemahiran dalam bidang ini. Akibatnya tidak ramai anggota masyarakat yang memberi tumpuan kepada aspek penting ini.
Buku ini adalah percubaan awal bagi meneroka bidang ini. Kebanyakan kajian dan tulisan yang ada disampaikan dalam Bahasa Inggeris yang bagi kebanyakan kita menjadikannya sebagai faktor penghalang. Usaha kecil ini diharap dapat membuka ruang minda masyarakat Malaysia supaya sekurang-kurangnya ia dapat memberi aprisiasi kepada permasalahan ini.
Memandangkan subjek ini agak baru di kalangan masyarakat kita, sudah tentu cetusan-cetusan idea yang diutarakan menimbulkan pelbagai reaksi. Pihak kami sentiasa berlapang dada menerima sebarang komen dan teguran positif yang dapat dijadikan input kepada kerja-kerja pembaikan seterusnya.
Sekian, terima kasih. Selamat membaca.
Dato’ Dr Hasan Mohamed Ali, 2005
ISBN: ISBN 983-3603-44-0
Writer: Hasan Mohd. Ali,
Anugerah Buat Ayah dan Ibu
Description
Sinopsis
Pengalaman peribadi ibu-ibu yang terkandung di dalam buku ini memberikan gambaran sebenar pahit manis kehamilan dan kelahiran. Di samping itu, pelbagai pengalaman sebenar kehamilan serta cabaran yang perlu sesetengah ibu bapa lalui menjadi inspirasi untuk bakal-bakal ibu yang mungkin menghadapinya.
Buku ini mengumpulkan kisah-kisah anugerah Tuhan yang sangat tidak ternilai kepada hamba-hambanya iaitu anak. Buku yang bertajuk Anugerah Buat Ayah dan Ibu ini mengumpulkan di antaranya cerita dan pengalaman peribadi ataupun yang tersayang oleh ahli-ahli kumpulan Ummiku Sayang. Di antaranya adalah kisah mengenai seorang ibu yang mendapati dirinya hamil selepas hanya empat bulan melahirkan anak sulung, kisah-kisah pengalaman ibu yang hamil dan segala komplikasi yang terpaksa dihadapi demi melihat dan mencurah kasih kepada bayi lambang cinta ibu dan ayah yang bakal dilahirkan.
Juga kisah pengalaman seorang ayah yang mendapat anak yang pertama, di mana dalam keghairahan menerima cahaya mata, si ayah juga perlu mula memikirkan mengenai peranannya sebagai ayah dan merancang masa depan permata hatinya. Tersemat juga bagaimana perasaan ibu yang menanti kelahiran seorang putera tetapi hasrat belum kesampaian, serta susah payah ibu melahirkan secara pembedahan.
Tidak ketinggalan, buku ini turut memuatkan pelbagai panduan bagi membantu para ibu bagi melayari keindahan kehamilan dan kelahiran dengan mudah dan jayanya.
Kelahiran adalah seperti suatu keajaiban dan segala pengalaman keajaiban dan kehalusan perasaan yang beserta dengan kehadiran cahaya mata ini yang dapat dikompilasikan, kita kongsi bersama melalui buku ini.
ISBN: ISBN 983-3372-38-4
Writer: Hani Aliza Abdullah,
Panduan Menjadi Ibu Bapa Cemerlang
Description
Sinopsis
Buku yang patut dibaca oleh ibu bapa yang ingin cemerlang supaya berjaya melahirkan anak yang cemerlang.
Tugas sebagai ibu bapa bukanlah mudah, terutama di zaman sains dan teknologi, zaman manusia mengejar kemewahan dan kebendaan. Masa dan zaman akan berubah, namun manusia tetap sama iaitu dilahirkan dalam keadaan tiada seurat benang pun dan berakhir di liang lahad.
Ibu bapa yang berjaya menjadi cemerlang melahirkan generasi cemerlang kerana ibu bapa adalah guru pertama kepada anak-anak. Apabila ibu bapa gagal menjadi cemerlang, mereka bukan sahaja gagal menjadi ibu bapa yang baik dan sempurna, malah melahirkan anak-anak yang tidak berilmu dan berwawasan.
Pada masa ini, lahir pelbagai gegala sosial seperti persetubuhan tanpa nikah, bohsia dan bohjan, vandalisme, jenayah seawal usia persekolahan dan pelbagai lagi masalah yang timbul terutama di zaman globalisasi ini. Ibu bapa kini bukan sahaja disibukkan dengan tugas mencari rezeki, malah perlu menjadi suami dan isteri, perlu mendidik dan membesarkan anak-anak. Masa yang kian terbatas menyebabkan ramai ibu bapa gagal menjadi cemerlang.
Semoga dengan lahirnya buku ini akan menambahkan ilmu pengetahuan kepada ibu bapa dan yang bakal bergelar ibu bapa. Semoga semua ibu bapa yang berada di negara Malaysia tercinta ini menjadi ibu bapa cemerlang demi melahirkan anak-anak berilmu, berketerampilan, berakhlak dan berwawasan.
Ibu bapa cemerlang adalah matlamat semua ibu bapa. Jika ingin menjadi ibu bapa yang cemerlang, ibu bapa mesti memiliki pelbagai cabang ilmu pengetahuan, kemahiran mendidik, memahami psikologi dan tingkah laku manusia, kesabaran dan lain-lain. Memang bukan mudah mahu menjadi ibu bapa cemerlang namun dengan usaha memperbanyakkan ilmu, mengkaji kesalahan dan kesilapan, dengan izin Tuhan kita pasti berjaya menjadi ibu bapa cemerlang dan seterusnya menjadi role model kepada anak-anak untuk mewarisi kecemerlangan.
Manusia maju dengan ilmu, oleh demikian buku ini menambahkan lagi ilmu keibubapaan supaya kita berjaya menjadi ibu bapa cemerlang. Buku ini hanya mampu memberi jalan dan ikhtiar, kitalah yang akan mencorakkan diri kita. Semoga panduan dan idea yang akan dipaparkan nanti akan memberi jalan untuk berubah menjadi lebih cemerlang dan terus cemerlang.
ISBN: ISBN 983-3372-84-8
Writer: Saat Sulaiman,
Soal Jawab Bakal Ibu
Description
Sinopsis
Buku yang membantu bakal ibu dan pasangan memahami kehamilan.
Menghadapi saat-saat kelahiran anak sesuatu yang mendebarkan biarpun mungkin sedang menanti kelahiran anak kesepuluh. Setiap orang berbeza pengalaman, berbeza masalah dan berbeza debarannya. Memang Tuhan menjadikan setiap anak adalah unik.
Oleh itu, biarpun bukan merupakan ibu dengan pengalaman pertama, nasihat dan petunjuk sentiasa diharapkan dan dialu-alukan.
Di dalam buku ini, persoalan-persoalan yang bermain di fikiran ibu-ibu, sama ada pertama kali ataupun yang sudah berpengalaman disusun sedemikian supaya dapat dimanfaatkan oleh semua. Buku ini menjawab persoalan-persoalan dengan jawapan-jawapan ringkas dan mudah difahami. Ia adalah himpunan soalan-soalan yang biasa saya terima dalam menghadapi ibu-ibu mengandung dalam praktis saya.
Para suami juga digalakkan turut sama membaca buku ini supaya sama-sama merasakan pengalaman dan debaran yang dihadapi oleh isteri. Di akhir perjalanan ini menjadi harapan semua supaya kedua-dua ibu dan bayi selamat dan sihat. Ibu dapat bersalin tanpa komplikasi, mudah dan tenang. Bayi yang dilahirkan selamat, sihat dan comel.
Semuanya bermula dari titik pertama kita melangkah. Apabila semua persediaan sudah kita lakukan, maka doa dan tawakal kepada Tuhan adalah tumpuan harapan kita. Selamat berjaya kepada semua bakal-bakal ibu.
ISBN: ISBN 983-3372-23-6
Writer: Ariza Mohamed,
55 Petua Orang Berjaya
Description
Sinopsis
“Ketahuilah tidak ada jalan singkat untuk berjaya, melainkan dengan berusaha mengikut cara yang betul.”
Semua inginkan kejayaan. Mungkin kerana itu juga, saudara memegang buku ini sekarang kerana bercita-cita hendak berjaya. Tetapi tidak semua yang tahu jalan menuju kejayaan. Ada yang berjaya dan ada yang belum berjaya. Yang berjaya berkongsi kejayaan mereka dan yang belum berjaya terus berusaha.
Buku ini adalah himpunan idea-idea kejayaan yang dikongsi oleh mereka yang berjaya. Ia adalah petua bagaimana mereka menguruskan hidup mereka sehingga mendaki puncak kecemerlangan dan keunggulan. Mereka ini pernah menyusuri jalan yang sepatutnya untuk berjaya. Mereka tahu lorong yang lurus ataupun lorong yang bengkok, duri yang menikam ataupun pohon yang merimbun, madu yang mengubati ataupun racun yang memudaratkan.
Nah! Sekarang saudara tidak perlu bersusah payah lagi untuk meraba-raba panduan yang kita inginkan selama ini. Lima puluh lima petua dalam buku ini dikutip daripada pelbagai sumber termasuk daripada Quran dan hadis, sejarah, tokoh-tokoh antarabangsa, tokoh-tokoh tanah air dan banyak lagi. Pendek kata, buku ini sudah hampir mencukupi apabila saudara inginkan perubahan.
Secara ringkasnya, petua-petua ini merangkumi beberapa aspek antaranya aspek membina diri dalam pengurusan hidup, aspek pengurusan masa dan pengurusan kerja. Dalam erti kata lain, selain memberikan saudara semangat baru, ia juga memberikan idea-idea pengurusan hidup saudara seperti mengawal urus masa, dorongan bekerja, mengatasi penangguhan, teknik-teknik bekerja, mengagihkan tugasan, bekerja dalam pasukan, berkomunikasi, bermesyuarat, meningkatkan konsentrasi dan banyak lagi. Saudara dapat menikmati kehebatan petua dalam buku ini hanya apabila saudara membacanya.
Terima kasih kerana sudi menatap buku ini. Jika bomoh dapat memberikan petua untuk sentiasa bertenaga dan kuat mungkin buku ini dapat memberikan saudara petua bagaimana hendak menjadi sangat berjaya. Selamat membaca....
Isi Kandungan
Prakata
Bahagian 1: Matlamat dan Kejayaan
Petua 1 Saudara Bukan Gagal, Tetapi Belum Berjaya
Petua 2 Saudara Perlu Berubah Apabila Mahukan Perubahan
Petua 3 Berfikir seperti Juara
Petua 4 “Saya Tidak Mahu Berjaya, Saya Mahu Sangat Berjaya”
Petua 5 Serang!! Mana pintu gol?
Petua 6 Gambarkan Matlamat Saudara dengan Jelas
Petua 7 Meniru untuk Berjaya, Berani? 21
Petua 8 ‘Bernafsu’ untuk Bekerja 24
Petua 9 Jadilah seperti Asap dan Air 27
Bahagian 2: Mengurus Masa
Petua 10 Gunakan Kaedah Log Masa
Petua 11 3 Peraturan Menggunakan Log Masa
Petua 12 Masa itu Emas, Lombonglah Ia
Petua 13 Masa itu Pedang, Jangan Sampai Terluka
Petua 14 Orang Bertangguh Selalu Lenguh
Petua 15 Usah Gopoh Apabila Belum Masanya
Petua 16 Masa untuk Peribadi atau Masa untuk Pasukan?
Petua 17 ‘Slot Masa Spesifik’ Petua daripada Harold Taylor
Petua 18 Mary Kay dan Kelab Pukul Lima
Petua 19 ‘Bahasa Mengawal Masa’ adalah Petua Perisai untuk Masa
Petua 20 Jangan Dukung Monyet Orang Lain, Nanti Saudara yang Susah
Bahagian 3: Prioriti dan Agihan Tugas
Petua 21 Belajar Berkata ‘Tidak’
Petua 22 Berani Berkata ‘Tidak’, Lagi Beberapa Petua Menarik
Petua 23 Guna Petua ABC bagi Menentukan Prioriti
Petua 24 Menentukan Prioriti dengan Kaedah Tingkap Jauhari
Petua 25 Prinsip Pareto bagi Memilih yang Penting
Petua 26 Lima Petua daripada Norman Vincent Peale
Petua 27 Lahirkan Kembar Saudara, Cipta Seorang Lagi Diri Saudara
Petua 28 Carta Aliran Mengagih Kerja dan Tugasan
Petua 29 12 Langkah Mahir Mengagih Kerja
Petua 30 Kepada Siapa Hendak Agih? Gunakan Piramid
Agihan Tugas
Petua 31 Sembilan Petua Mengagihkan Tugasan
Petua 32 Alasan Enggan Mengagih Tugasan dan Petua
Mengatasinya
Bahagian 4: Belajar Mengurus Kerja
Petua 33 Tidak Perlu Genius, yang Penting Mahu Belajar
Petua 34 Tidak Perlu Genius, yang Penting Pandai Bertanya
Petua 35 Sikit-sikit Lama-lama Siap
Petua 36 Jangan Buat lagi, Rancanglah Dahulu
Petua 37 Teknik Pengurusan Kualiti Total
Petua 38 Mesyuarat adalah Milik Saudara
Petua 39 Carta Aliran Mesyuarat yang Berkesan
Petua 40 Belajar Mendengar
Petua 41 10 Petua Berunding daripada Terry Bragg
Petua 42 Tajamkan Gergaji, Tumpukan Fokus Saudara
Petua 43 Panahkan Halilintar Saudara
Petua 44 ‘Keadaan Mengalir’, Petua Csikszentmihalyi dan Ottinger
Petua 45 Petua Menarik bagi Menguasai ‘Mood’ Saudara
Bahagian 5: Bekerja Berpasukan
Petua 46 Doronglah Rakan Saudara untuk Bersama
Petua 47 Petua Membina Pasukan Hebat
Petua 48 Satu Lagi Petua Membina Pasukan Hebat
Petua 49 Belajarlah Bagaimana Angsa Bekerja Secara Berpasukan
Petua 50 Apa yang Saudara Beri akan Dapat Semula
Petua 51 Turun Padang, Jangan Lepas Tangan
Petua 52 Awasi Perkara Remeh yang Merosakkan
Bahagian 6: Belai Diri Sendiri
Petua 53 Rehat Bukan untuk Bermalas
Petua 54 Tidurlah! dan Saudara akan Menjadi Cemerlang
Petua 55 Lagi Kisah berkenaan Rehat dan Tidur
Pantang Larang Petua di dalam Buku Ini
ISBN: ISBN 983-3372-86-4
Writer: Mohd Fadzilah Kamsah, Ahmad Fadzli Yusof,
Soal Jawab PraPerkahwinan
Description
Menjawab persoalan yang selalu ditanya oleh bakal pengantin.
Buku ini menjawab persoalan yang sering ditanya oleh bakal pengantin. Buku ini membantu mereka bersedia dan bermaklumat sebelum melangkah ke gerbang perkahwinan.
Buku ini menjawab persoalan berkaitan memilih pasangan, dating, hantaran, mas kahwin dan apa itu alam cinta.
Sesuai bagi pembaca golongan kaunselor,pendakwah, pakar motivasi dan pendidik.
ISBN: ISBN 983-3372-53-8
Writer: Mohd Fadzilah Kamsah, Noralina Omar,
Menjalin Hubungan Bahagia
Description
Himpunan panduan dan petua yang patut diamalkan oleh suami isteri bagi menjamin hubungan bahagia.
Satu-satunya buku yang sesuai dijadikan pilihan pasangan suami isteri yang mengidamkan kebahagiaan dalam kehidupan berumah tangga. Buku ini menghimpunkan pelbagai panduan dan petua yang berguna bagi menjamin kebahagiaan dalam rumah tangga.
Antara yang terkandung dalam buku ini adalah bagaimana berkomunikasi dengan positif, bagaimana menjaga hubungan baik antara pasangan, bagaimana menyemarakkan rasa cinta antara pasangan dan banyak lagi. Ia sesuai dibaca oleh pasangan yang hendak berkahwin, baru berkahwin ataupun yang sudah lama berkahwin.
ISBN: ISBN 983-3604-73-0
Writer: Mohd Fadzilah Kamsah, Abdullah Hassan,
Pendidikan Islam 2
Description
Sinopsis
Buku rujukan bagi konsep-konsep asas pengajian Islam seperti akidah dan tasawwur.
Buku Pendidikan Islam ini adalah himpunan artikel-artikel yang ditulis berdasarkan tajuk-tajuk yang terkandung dalam sukatan kursus Pendidikan Islam di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia.
Penulisan buku ini bertujuan memudahkan para pelajar membuat rujukan dan seterusnya memahami dan menghayati topik-topik yang berkaitan secara langsung dalam proses pendidikan Islam seperti konsep Akidah, Fikah, Akhlak, Sirah dan Tasawwur Islam. Namun, buku ini diterbitkan dalam 2 jilid iaitu Pendidikan Islam 1 yang menerangkan berkenaan Akhlak, Fikah dan Sirah. Bagi Pendidikan Islam 2, ia menerangkan berkenaan Akidah dan Tasawwur.
Menerusi buku ini diharapkan para pembaca dapat memahami konsep-konsep yang terdapat dalam pendidikan Islam secara menyeluruh.
Isi Kandungan
Prakata
Bahagian Satu: Akidah
01. Konsep Dan Tuntutan Dua Kalimah Syahadah
02. Tauhid Rububiyyah Dan Tauhid Uluhiyyah
03. Pengukuhan Iman Dan Caranya
04. Pengertian Dan Perbezaan Iman, Kufur, Munafik,Syirik, Asi Dan Murtad
05. Tawakal Dan Tawassul
Bahagian Dua: Tasawwur Islam
01. Konsep Tasawwur Islam
02. Konsep Alam
03. Konsep Kahidupan Dan Kematian
04. Konsep Al-Din
05. Ilmu Pada Perspektif Islam
06. Peristilahan Al-Quran Berkenaan Insan
07. Manusia Sebagai Khalifah Allah
08. Konsep Manusia Sebagai Hamba Allah
ISBN: ISBN 983-192-325-1
Writer: Mardzelah Makhsin,
Pendidikan Islam 1
Description
Sinopsis
Buku rujukan bagi konsep-konsep asas pengajian Islam seperti Fikah, akhlak dan sirah.
Buku Pendidikan Islam ini adalah himpunan artikel-artikel yang ditulis berdasarkan tajuk-tajuk yang terkandung dalam sukatan kursus Pendidikan Islam di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia. Penulisan buku ini bertujuan memudahkan para pelajar membuat rujukan dan seterusnya memahami dan menghayati topik-topik yang berkaitan secara langsung dalam proses pendidikan Islam seperti konsep Akidah, Fikah, Akhlak dan Tasawwur Islam.
Namun, buku ini diterbitkan dalam 2 jilid iaitu Pendidikan Islam 1 yang menerangkan berkenaan Akhlak, Fikah dan Sirah. Bagi Pendidikan Islam 2, ia menerangkan berkenaan Akidah dan Tasawwur.
Menerusi buku ini diharapkan para pembaca dapat memahami konsep-konsep yang terdapat dalam pendidikan Islam secara menyeluruh.
Isi Kandungan
Prakata
Bahagian Satu: Fikah
01. Konsep Ibadah
02. Konsep Perkahwinan Dalam Islam
03. Konsep Dan Amalan
Bahagian Dua: Akhlak
01. Konsep Akhlak Dan Perbezaannya Dengan Moral
02. Kepentingan Akhlak
03. Akhlak Rasulullah SAW
04. Konsep Akhlak Mahmudah
05. Gejala Sosial Dalam Masyarakat Dan Cara Mengatasinya
Bahagian Tiga: Sirah
01. Konsep Kenabian Dan Kerasulan
02. Hijrah Rasulullah SAW
03. Pembukaan Kota Mekah
04. Tokoh-Tokoh Islam Terbilang
ISBN: ISBN 983-192-456-8
Writer: Mardzelah Makhsin,
Friday, June 29, 2007
Mencontohi Nabi
Description
Sinopsis
Komik ini cuba menerapkan nilai-nilai murni supaya dapat dipraktikkan dalam kehidupan harian.
Adik-adik, tanpa kita sedari sebenarnya dalam kehidupan sehari-hari kita masih boleh mengamalkan dan mencontohi Nabi Muhammad saw.
Bagaimanakah adik-adik hendak menerapkan nilai-nilai murni dalam kehidupan adik-adik?
Bacalah komik ibadah ini, semoga adik-adik terdidik dengan amalan yang murni.
ISBN: ISBN 983-3357-66-0
Mari Berdikari
Description
Sinopsis
Komik ini mengajar adik-adik belajar berdikari.
Assalamualaikum. Kami Rina dan Rizal. Mari kawan-kawan, kita menempuh hari baru dengan semangat yang baru!
Tunaikan solat dan belajarlah berdikari.
Tahu tak bagaimana hendak berdikari? Senang sahaja. Contohnya, kita basuh baju sendiri, menolong ibu dan ayah mengemas rumah dan sebagainya.
Baiklah kawan-kawan, bacalah kisah kami!
Jom....kita sama-sama belajar!
Isi Kandungan
Mencontohi Nabi..................................5
Perang Besar.....................................6
Riak Membawa Padah...............................7
Menganggu Orang Buta.............................8
Ubat yang Memualkan!.............................9
Berlawan Cengkerik..............................10
Menolong Jiran..................................11
Syurga di bawah Tapak kaki Ibu..................12
Mandi Pagi......................................13
Mencuri Duit....................................14
Mencuri Gula-gula...............................15
Memfitnah Adik Sendiri .........................16
Peti Derma......................................17
Menolong Orang..................................18
Terlanggar!.....................................19
Mencuri Mangga..................................20
Gotong-royong...................................21
Mengantuk.......................................22
Terjumpa Bungkusan..............................23
Belajar Menyanyi................................24
Err...?.........................................25
Coklat?.........................................26
Paling Kaya?....................................27
Kaya Mendadak...................................28
Mencuri Guli....................................29
Foto Kopi?......................................30
Ular dalam Perigi...............................31
Sejadah Hilang..................................32
Batal Puasa?....................................33
Makan Bubur.....................................34
Cerita di Radio.................................35
Pohon Beringin..................................36
Mengganggu Orang Pekak .........................37
Mercun..........................................38
Orang Gila......................................39
Peribahasa......................................40
Menanam Biji Kurma..............................41
Teka-teki.......................................42
Belajar Membaca.................................43
Belajar Sembahyang..............................44
ISBN: ISBN 983-3357-76-8
Mari Belajar Haji
Description
Sinopsis
Buku ini mengajar adik-adik proses menunaikan haji
Adik-adik, ibadah haji adalah rukun Islam kelima. Ibadah ini adalah ibadah yang istimewa. Cuba adik-adik bayangkan untuk pergi ke sana jemaah haji perlu menaiki kapal terbang. Wow! Seronok ya! Di mana kita hendak menunaikan ibadah haji itu? Dan bagaimana caranya? Dapatkan buku ini. Banyak penerangan mengenai ibadah haji yang dapat adik-adik perolehi.
ISBN: ISBN 983-3357-19-9
Writer: Hendra Wibowo,
Kecil-Kecil Bijak
Description
Sinopsis
Ikuti kisah persahabatan mereka bertiga.
Ismail, Salman dan Zainal bersahabat baik. Mereka sering belajar dan mermain bersama-sama. Kadang-kadang mereka bertiga bergaduh tetapi mereka menyelesaikannya dengan bijak. Banyak perkara yang dapat adik-adik pelajari daripada persahabatan mereka di dalam komik ini.
ISBN: ISBN 983-3357-58-X
Kata Allah dalam al-Quran
Description
Sinopsis
Menghayati keindahan Islam melalui kata-kata Allah.
Allah sangat sayang pada orang-orang Islam. Allah sangat menyayangi kita sehingga Dia menyampaikan firman atau kata-katanya kepada semua umat Islam. Dalam buku ini ada beberapa petikan ayat al-Quran serta penjelasannya. Cuba adik-adik baca. Adik-adik pasti merasakan kasih saying Allah. Buku ini juga sesuai dibaca oleh semua semua golongan sama ada sekolah menengah ataupun rendah.
ISBN: ISBN 983-3357-97-0
Writer: Lily Fitrie,
Islam Paling Asyik
Description
Sinopsis
Menerangkan mengenai rukun islam dengan terperinci.
Rukun Islam ada 5. Mengucap dua kalimah syahadat, sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menunaikan zakat dan mengerjakan haji. Buku ini menerangkan dengan lebih terperinci mengenai kelima-lima rukun. Tentu lebih seronok sekiranya sudah lebih memahami mengenai rukun Islam. Jadi, tunggu apa lagi, dapatkan segera buku ini bagi menambah koleksi ilmu pengetahuan adik-adik.
ISBN: ISBN 983-3357-11-3
Writer: HF Rahadian,
Hikmah Waktu
Description
Sinopsis
Pelajari doa-doa harian yang ringkas dan mudah dihafal.
Kadang-kadang kita tidak hafal doa-doa harian yang perlu diamalkan dalam kehidupan seharian. Sedangkan kita disunatkan membaca doa-doa itu. Buku Hikmah Waktu ini dapat membantu kanak-kanak menghafal doa-doa harian dan mengaitkannya dengan aktiviti-aktiviti yang mereka lakukan.
Asmaul Husna
Description
Sinopsis
Mengenal 99 nama Allah dengan penerangan yang lebih mudah dan persembahan yang menarik.
Tahukah adik-adik Allah mempunyai banyak nama? Ada ar-Rahman, ar-Rahim dan banyak lagi. Kesemua nama itu memberi maksud yang menunjukkan kebesaran dan keagungaNya. Ada 99 nama Allah yang perlu kita ketahui. Mahu tahu apakah nama-nama itu? Dapatkan buku ini segera.
ISBN: ISBN 983-3357-20-2
Writer: HF Rahadian,
Anak yang Soleh
Description
Sinopsis
Komik lucu mengenai budak yang hendak berkhatan (bersunat).
Adik-adik sudah berkhatan? Sekiranya belum, jangan harapkan orang lain memberi wang apabila adik-adik hendak berkhatan. Yang penting adalah pahala bukan duit. Jangan ikut seperti Hafiz dan rakan-rakannya. Pelbagai kisah lucu Hafiz sebelum dia berkhatan yang dapat adik-adik baca dalam komik ini.
Selamat Membaca!
ISBN: ISBN 983-3357-70-9
Allah Paling Hebat
Allah is the Best
Description
Sinopsis
Mari dapatkan teka-teki di dalam komik ini.
Allah memang paling hebat. Dia dapat mengetahui di mana saja kita berada, apa yang kita fikirkan dan pelbagai perkara yang tidak terjangkau dalam fikiran kita. Menarik bukan? Selain dapat mengetahui kebesaran Allah, adik-adik juga dapat mengetahui pelbagai jenis teka-teki. Mahu tahu? Dapatkan komik ini segera.
ISBN: ISBN 983-3357-57-1
Mengenal 20 Sifat Allah
Description | |||
SinopsisMengenal 20 Sifat Allah Cuba adik-adik bayangkan bagaimana kewujudan Allah itu? Pasti sukar dibayangkan kerana Allah tidak dapat dilihat. Jadi bagaimana kita hendak mengenal Allah? Di dalam buku ini adik-adik dapat mengetahu sifat-sifat Allah. Sifat apa ya? Semua itu dapat adik-adik ketahui melalui buku ini. |
Tuesday, June 26, 2007
Sirah Nabi Muhammad S.A.W
Selepas itu Muhammad disusukan selama beberapa hari oleh Thuwaiba, budak suruhan Abu Lahab sementara menunggu kedatangan wanita dari Banu Sa'ad. Adat menyusukan bayi sudah menjadi kebiasaan bagi bangsawan-bangsawan Arab di Makkah. Akhir tiba juga wanita dari Banu Sa'ad yang bernama Halimah bin Abi-Dhuaib yang pada mulanya tidak mahu menerima baginda kerana Muhammad seorang anak yatim. Namun begitu, Halimah membawa pulang juga Muhammad ke pedalaman dengan harapan Tuhan akan memberkati keluarganya. Sejak diambilnya Muhammad sebagai anak susuan, kambing ternakan dan susu kambing-kambing tersebut semakin bertambah. Baginda telah tinggal selama 2 tahun di
Kisah Dua Malaikat dan Pembedahan Dada Muhammad
Pada usia dua tahun, baginda didatangi oleh dua orang malaikat yang muncul sebagai lelaki yang berpakaian putih. Mereka bertanggungjawab untuk membedah Muhammad. Pada ketika itu, Halimah dan suaminya tidak menyedari akan kejadian tersebut. Hanya anak mereka yang sebaya menyaksikan kedatangan kedua malaikat tersebut lalu mengkhabarkan kepada Halimah. Halimah lantas memeriksa keadaan Muhammad, namun tiada kesan yang aneh ditemui.
Muhammad tinggal di pedalaman bersama keluarga Halimah selama
Datuk baginda, Abdul Mutallib amat menyayangi baginda. Ketika Aminah membawa anaknya itu ke Madinah untuk bertemu dengan saudara-maranya, mereka ditemani oleh Umm Aiman, budak suruhan perempuan yang ditinggalkan oleh bapa baginda. Baginda ditunjukkan tempat wafatnya Abdullah serta tempat dia dikuburkan.
Sesudah sebulan mereka berada di Madinah, Aminah pun bersiap sedia untuk pulang semula ke Makkah. Dia dan rombongannya kembali ke Makkah menaiki dua ekor unta yang memang dibawa dari Makkah semasa mereka datang dahulu. Namun begitu, ketika mereka sampai di Abwa, ibunya pula jatuh sakit dan akhirnya meninggal dunia lalu dikuburkan di situ juga.
Muhammad dibawa pulang ke Makkah oleh Umm Aiman dengan perasaan yang sangat sedih. Maka jadilah Muhammad sebagai seorang anak yatim piatu. Tinggallah baginda dengan datuk yang dicintainya dan bapa-bapa saudaranya.
"Bukankah Dia mendapatimu sebagai seorang yatim, lalu Dia melindungimu. Dan Dia mendapatimu sebagai seorang yang bingung lalu Dia memberikan petunjuk" (Surah Ad-Dhuha, 93: 6-7)
Abdul Mutallib Wafat
Kegembiraannya bersama datuk baginda tidak bertahan lama. Ketika baginda berusia lapan tahun, datuk baginda pula meninggal dunia. Kematian Abdul Mutallib menjadi satu kehilangan besar buat Bani Hashim. Dia mempunyai keteguhan hati, berwibawa, pandangan yang bernas, terhormat dan berpengaruh dikalangan orang Arab. Dia selalu menyediakan makanan dan minuman kepada para tetamu yang berziarah dan membantu penduduk Makkah yang dalam kesusahan.
Muhammad diasuh oleh Abu Talib
Selepas kewafatan datuk baginda, Abu Talib mengambil alih tugas bapanya untuk menjaga anak saudaranya Muhammad. Walaupun Abu Talib kurang mampu berbanding saudaranya yang lain, namun dia mempunyai perasaan yang paling halus dan terhormat di kalangan orang-orang Quraisy. Abu Talib menyayangi Muhammad seperti dia menyayangi anak-anaknya sendiri. Dia juga tertarik dengan budi pekerti Muhammad yang mulia.
Pada suatu hari, ketika mereka berkunjung ke Syam untuk berdagang sewaktu Muhammad berusia 12 tahun, mereka bertemu dengan seorang rahib Kristian yang telah dapat melihat tanda-tanda kenabian pada baginda. Lalu rahib tersebut menasihati Abu Talib supaya tidak pergi jauh ke daerah Syam kerana dikhuatiri orang-orang Yahudi akan menyakiti baginda sekiranya diketahui tanda-tanda tersebut. Abu Talib mengikut nasihat rahib tersebut dan dia tidak banyak membawa harta dari perjalanan tersebut. Dia pulang segera ke Makkah dan mengasuh anak-anaknya yang ramai. Muhammad juga telah menjadi sebahagian dari keluarganya. Baginda mengikut mereka ke pekan-pekan yang berdekatan dan mendengar sajak-sajak oleh penyair-penyair terkenal dan pidato-pidato oleh penduduk Yahudi yang anti Arab.
Baginda juga diberi tugas sebagai pengembala kambing. Baginda mengembala kambing keluarganya dan kambing penduduk Makkah. Baginda selalu berfikir dan merenung tentang kejadian alam semasa menjalankan tugasnya. Oleh sebab itu baginda jauh dari segala pemikiran manusia nafsu manusia duniawi. Baginda terhindar daripada perbuatan yang sia-sia, sesuai dengan gelaran yang diberikan iaitu "Al-Amin".
Selepas baginda mula meningkat dewasa, baginda disuruh oleh bapa saudaranya untuk membawa barang dagangan Khadijah binti Khuwailid, seorang peniaga yang kaya dan dihormati. Baginda melaksanakan tugasnya dengan penuh ikhlas dan jujur. Khadijah amat tertarik dengan perwatakan mulia baginda dan keupayaan baginda sebagai seorang pedagang. Lalu dia meluahkan rasa hatinya untuk berkahwin dengan Muhammad yang berusia 25 tahun ketika itu. Wanita bangsawan yang berusia 40 tahun itu sangat gembira apabila Muhammad menerima lamarannya lalu berlangsunglah perkahwinan mereka berdua. Bermulalah lembaran baru dalam hidup Muhammad dan Khadijah sebagai suami isteri.
Penurunan Wahyu Pertama
Pada usia 40 tahun, Muhammad telah menerima wahyu yang pertama dan diangkat sebagai nabi sekelian alam. Ketika itu, baginda berada di Gua Hira' dan sentiasa merenung dalam kesunyian, memikirkan nasib umat manusia pada zaman itu. Maka datanglah Malaikat Jibril menyapa dan menyuruhnya membaca ayat Quran yang pertama diturunkan kepada Muhammad.
"Bacalah dengan nama Tuhanmu Yang menciptakan" (Al-'Alaq, 96: 1)
Rasulullah pulang dengan penuh rasa gementar lalu diselimuti oleh Khadijah yang
Kemudian baginda mula berdakwah secara sembunyi-sembunyi bermula dengan kaum kerabatnya untuk mengelakkan kecaman yang hebat daripada penduduk Makkah yang menyembah berhala. Khadijah isterinya adalah wanita pertama yang mempercayai kenabian baginda. Manakala Ali bin Abi Talib adalah lelaki pertama yang beriman dengan ajaran baginda.Dakwah yang sedemikian berlangsung selama tiga tahun di kalangan keluarganya sahaja.
Dakwah Secara Terang-terangan
Setelah turunnya wahyu memerintahkan baginda untuk berdakwah secara terang-terangan, maka Rasulullah pun mula menyebarkan ajaran Islam secara lebih meluas.
"Maka sampaikanlah olehmu secara terang-terangan segala apa yang diperintahkan (kepadamu) dan berpalinglah dari orang-orang yang musyrik." (Al-Hijr, 15:94.)
Namun begitu, penduduk Quraisy menentang keras ajaran yang dibawa oleh baginda. Mereka memusuhi baginda dan para pengikut baginda termasuk Abu Lahab, bapa saudara baginda sendiri. Tidak pula bagi Abu Talib, dia selalu melindungi anak saudaranya itu namun dia sangat risau akan keselamatan Rasulullah memandangkan tentangan yang hebat dari kaum Quraisy itu. Lalu dia bertanya tentang rancangan Rasulullah seterusnya. Lantas jawab Rasulullah yang bermaksud:
"Wahai bapa saudaraku, andai matahari diletakkan di tangan kiriku dan bulan di tangan kananku, agar aku menghentikan seruan ini, aku tidak akan menghentikannya sehingga agama Allah ini meluas ke segala penjuru atau aku binasa kerananya"
Baginda menghadapi pelbagai tekanan, dugaan, penderitaan, cemuhan dan ejekan daripada penduduk-penduduk Makkah yang jahil dan keras hati untuk beriman dengan Allah. Bukan Rasulullah sahaja yang menerima tentangan yang sedemikian, malah para sahabatnya juga turut merasai penderitaan tersebut seperti Amar dan Bilal bin Rabah yang menerima siksaan yang berat.
Kewafatan Khadijah dan Abu Talib
Rasulullah amat sedih melihat tingkahlaku manusia ketika itu terutama kaum Quraisy kerana baginda tahu akan akibat yang akan diterima oleh mereka nanti. Kesedihan itu makin bertambah apabila isteri kesayangannya wafat pada tahun sepuluh kenabiaannya. Isteri bagindalah yang tidak pernah jemu membantu menyebarkan Islam dan mengorbankan jiwa serta hartanya untuk Islam. Dia juga tidak jemu menghiburkan Rasulullah di saat baginda dirundung kesedihan.
Pada tahun itu juga bapa saudara baginda Abu Talib yang mengasuhnya sejak kecil juga meninggal dunia. Maka bertambahlah kesedihan yang dirasai oleh Rasulullah kerana kehilangan orang-orang yang amat disayangi oleh baginda.
Penghijrahan Ke Madinah
Tekanan daripada orang-orang kafir terhadap perjuangan Rasulullah semakin hebat selepas pemergian isteri dan bapa saudara baginda. Maka Rasulullah mengambil keputusan untuk berhijrah ke Madinah berikutan ancaman daripada kafir Quraisy untuk membunuh baginda.
Rasulullah disambut dengan meriahnya oleh para penduduk Madinah. Mereka digelar kaum Muhajirin manakala penduduk-penduduk Madinah dipanggil golongan Ansar. Seruan baginda diterima baik oleh kebanyakan para penduduk Madinah dan sebuah negara Islam didirikan di bawah pimpinan Rasulullas s.a.w sendiri.
Negara Islam Madinah
Negara Islam yang baru dibina di Madinah mendapat tentangan daripada kaum Quraisy di Makkah dan gangguan dari penduduk Yahudi serta kaum bukan Islam yang lain. Namun begitu, Nabi Muhammad s.a.w berjaya juga menubuhkan sebuah negara Islam yang mengamalkan sepenuhnya pentadbiran dan perundangan yang berlandaskan syariat Islam. Baginda dilantik sebagai ketua agama, tentera dan negara. Semua rakyat mendapat hak yang saksama. Piagam Madinah yang merupakan sebuah kanun atau perjanjian bertulis telah dibentuk. Piagam ini mengandungi beberapa fasal yang melibatkan hubungan antara semua rakyat termasuk kaum bukan Islam dan merangkumi aspek politik, sosial, agama, ekonomi dan ketenteraan. Kandungan piagam adalah berdasarkan wahyu dan dijadikan dasar undang-undang Madinah.
Islam adalah agama yang mementingkan kedamaian. Namun begitu, aspek pertahanan amat penting bagi melindungi agama, masyarakat dan negara. Rasulullah telah menyertai 27 kali ekspedisi tentera untuk mempertahan dan menegakkan keadilan Islam. Peperangan yang ditempuhi baginda ialah Perang Badar (623 M/2 H), Perang Uhud (624 M/3 H), Perang Khandak (626 M/5 H) dan Perang Tabuk (630 M/9 H). Namun tidak semua peperangan diakhiri dengan kemenangan.
Pada tahun 625 M/ 4 Hijrah, Perjanjian Hudaibiyah telah dimeterai antara penduduk Islam Madinah dan kaum Musyrikin Makkah. Maka dengan itu, negara Islam Madinah telah diiktiraf. Nabi Muhammad s.a.w. juga telah berjaya membuka semula
Perang terakhir yang disertai oleh Rasulullah ialah Perang Tabuk dan baginda dan pengikutnya berjaya mendapat kemenangan. Pada tahun berikutnya, baginda telah menunaikan haji bersama-sama dengan 100 000 orang pengikutnya. Baginda juga telah menyampaikan amanat baginda yang terakhir pada tahun itu juga. Sabda baginda yang bermaksud:
"Wahai sekalian manusia, ketahuilah bahawa Tuhan kamu Maha Esa dan kamu semua adalah daripada satu keturunan iaitu keturunan Nabi Adam a.s. Semulia-mulia manusia di antara kamu di sisi Allah s.w.t. ialah orang yang paling bertakwa. Aku telah tinggalkan kepada kamu dua perkara dan kamu tidak akan sesat selama-lamanya selagi kamu berpegang teguh dengan dua perkara itu, iaitu kitab al-Quran dan Sunnah Rasulullah."
Kewafatan Nabi Muhammad s.a.w
Baginda telah wafat pada bulan Jun tahun 632 M/12 Rabiul Awal tahun 11 Hijrah. Baginda wafat setelah selesai melaksanakan tugasnya sebagai rasul dan pemimpin negara. Baginda berjaya membawa manusia ke jalan yang benar dan menjadi seorang pemimpin yang bertanggungjawab, berilmu dan berkebolehan. Rasulullah adalah contoh terbaik bagi semua manusia sepanjang zaman.
Di balik kehidupan insan bernama: "Muhammad"
Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya.
Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual.
Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyingsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur
Sayidatina 'Aisyah menceritakan: "Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu urusan rumahtangga.
Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pulang kembali sesudah selesai sembahyang."
Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda amat lapar waktu itu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan.Yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina 'Aisyah belum ke pasar. Maka Nabi bertanya, "Belum ada sarapan ya Khumaira?"(Khumaira adalah panggilan mesra untuk Sayidatina 'Aisyah yang berarti 'Wahai yang kemerah-merahan')
Aisyah menjawab dengan agak serba salah, "Belum ada apa-apa wahai Rasulullah."
Rasulullah lantas berkata, "Kalau begitu aku puasa saja hari ini." tanpa sedikit tergambar rasa kesal di wajahnya.
Pernah baginda bersabda, "sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik dan lemah lembut terhadap isterinya."
Prihatin, sabar dan tawadhuknya baginda sebagai kepala keluarga.
Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat. Dilihat oleh para sahabat, pergerakan baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat sukar sekali. Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi-sendi pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama lain.
Sayidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu langsung bertanya setelah selesai bersembahyang :
"Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?"
"Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, aku sehat dan segar"
"Ya Rasulullah... mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi bergesekan di tubuh tuan? Kami yakin engkau sedang sakit..." desak Umar penuh cemas.
Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya.
"Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanan, kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?"
Lalu baginda menjawab dengan lembut, "Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi beban kepada umatnya?" "Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak."
Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikitpun makan di sebelah seorang tua yang penuh kudis, miskin dan kotor.
Hanya diam dan bersabar bila kain rida'nya direntap dengan kasar oleh seorang Arab Badwi hingga berbekas merah di lehernya.
Dan dengan penuh rasa kehambaan baginda membasuh tempat yang dikencingi si Badwi di dalam masjid sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu.
Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH swt dan rasa kehambaan dalam diri Rasulullah saw menolak sama sekali rasa ketuanan.
Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH tidak dijadikan sebab untuk merasa lebih dari yang lain, ketika di depan umum mahupun dalam keseorangan.
Ketika pintu Syurga telah terbuka, seluas-luasnya untuk baginda, baginda masih berdiri di waktu-waktu sepi malam hari, terus-menerus beribadah, hingga pernah baginda terjatuh, lantaran kakinya sudah bengkak-bengkak. Fizikalnya sudah tidak mampu menanggung kemahuan jiwanya yang tinggi.
Bila ditanya oleh Sayidatina 'Aisyah,
"Ya Rasulullah, bukankah engkau telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah begini?"
Jawab baginda dengan lunak,
"Ya 'Aisyah, bukankah aku ini hanyalah seorang hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya yang bersyukur."
Rasulullah s. a. w. bersabda,
"Sampaikan pesanku walau sepotong ayat"
Ada
1. Ya Fathimah, kepada wanita yang membuat tepung untuk suami dan anak-anaknya, Allah pasti akan menetapkan kebaikan baginya dari setiap biji gandum, melebur kejelekan, dan meningkatkan darjat wanita itu.
2. Ya Fathimah, kepada wanita yang berkeringat ketika menumbuk tepung untuk suami dan anak-anaknya, nescaya Allah menjadikan dirinya dengan neraka sejauh tujuh tabir pemisah.
3. Ya Fathimah, tiadalah seorang yang meminyaki rambut anak-anaknya lalu menyisirnya dan mencuci pakaiannya, melainkan Allah akan menetapkan pahala baginya seperti pahala memberi makan seribu orang yang kelaparan dan memberi pakaian seribu orang yang telanjang.
4. Ya Fathimah, tiadalah wanita yang menahan keperluan jiran tetangganya, melainkan Allah akan menahannya dari minum telaga kautsar pada hari kiamat nanti.
5. Ya Fathimah, yang lebih utama dari seluruh keutamaan di atas adalah keredhaan suami terhadap isteri. Andaikata suamimu tidak redha kepadamu, maka aku tidak akan mendoakanmu. Ketahuilah wahai Fathimah, kemarahan suami adalah kemurkaan Allah.
6. Ya Fathimah, apabila wanita mengandung, maka malaikat memohonkan ampunan baginya, dan Allah menetapkan baginya setiap hari seribu kebaikan serta melebur seribu kejelekan. Ketika wanita merasa sakit akan melahirkan, Allah menetapkan pahala baginya sama dengan pahala para pejuang di jalan Allah. Jika dia melahirkan kandungannya, maka bersihlah dosa-dosanya seperti ketika dia dilahirkan dari kandungan ibunya. Bila meninggal ketika melahirkan, maka dia tidak akan membawa dosa sedikitpun. Didalam kubur akan mendapat pertamanan indah yang merupakan bahagian dari taman syurga. Dan Allah memberikan pahala kepadanya sama dengan pahala seribu orang yang melaksanakan ibadah Haji dan Umrah, dan seribu malaikat memohonkan ampunan baginya hingga hari kiamat.
7. Ya Fathimah, tiadalah wanita yang melayani suami selama sehari semalam dengan rasa senang serta ikhlas, melainkan Allah mengampuni dosa-dosanya serta memakaikan pakaian padanya di hari kiamat berupa pakaian yang serba hijau, dan menetapkan baginya setiap rambut pada tubuhnya seribu kebaikan. Dan Allah memberikan kepadanya pahala seratus kali beribadah Haji dan Umrah.
8. Ya Fathimah, tiadalah wanita yang tersenyum di hadapan suami, melainkan Allah memandangnya dengan pandangan penuh kasih.
9. Ya Fathimah, tiadalah wanita yang membentangkan alas tidur untuk suami dengan rasa senang hati, melainkan para malaikat yang memanggil dari langit menyeru wanita itu agar menyaksikan pahala amalnya, dan Allah mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan yang akan datang.
10. Begitu indah menjadi wanita, dengan kelembutan dan kasihnya dapat merubah dunia Jadikanlah diri-dirimu menjadi wanita solehah, agar negeri menjadi indah, kerana dirimu adalah tiang negeri ini.
Sumbangan Dari
Muhammad Yusri Bin Muhammad
http://ilmumaklumat.blogspot.com